Assalamualaikum w.b.t. Tahniah admin ucapkan kepada semua pelajar yang mendapat tawaran kemasukan 2019 ke SM Sains Sultan Mahmud.

Untuk makluman kepada semua ibu bapa dan para pelajar, kami di SESMA menggunakan iPad sebagai gajet untuk memudahkan PdPc. Sehingga 2018, sebahagian besar pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 menggunakan iPad masing-masing. Hanya sebahagian kecil sahaja yang meminjam iPad sekolah.

Adalah ditekankan di sini,iPad TIDAK WAJIB dibeli tetapi digalakkan ibu bapa menyediakannya untuk memudahkan pembelajaran Abad 21. Semua kelas tingkatan 1 memiliki LCD di kelas masing-masing yang boleh disambung terus dengan Apple TV.

Jadi sekiranya tuan/puan sudah memiliki iPad,bawa sahaja yang sudah ada. iPad akan digunakan di kelas sebaik sahaja orientasi selesai.Jadi semasa pendaftaran,tidak perlu bawa lagi. Pelajar akan dimaklumkan bila masa yang sesuai untuk bawa iPad ke sekolah.

Untuk pembelian melalui pihak sekolah, Penyelaras IT akan uruskan urusan pembelian iPad. Taklimat akan diberikan semasa pendaftaran tingkatan 1. Untuk memudahkan ibu bapa,Kaunter pertanyaan dan pembelian iPad juga akan dibuka pada hari berkenaan.

Sekian.Terima kasih.