Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973  yang berorientasikan Bidang Sains dan menjadi sekolah berasrama penuh yang pertama di Negeri Terengganu. sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah  Menengah Sains Terengganu dan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Terengganu pada 5 September 1979. Kemudian pada 18 September 1982 Sekolah Menengah Sains Terengganu diberi nama baru , Sekolah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sempena nama Sultan Terengganu yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu.

Pada tahun 1995 pula Kementerian Pendidikan menyelaraskan semua sekolah berasrama penuh, dengan demikian Sekolah Sultan Mahmud bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu.
Pada tahun 1978, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Pusat Matrikulasi  di sekolah ini yang menempatkan  seramai 80 orang pelajar dan kemudiannya ditutup pada tahun 1999. Pada tahun 1999, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari dan kini,  bertaraf Sekolah Bestari Lima Bintang.

Atas kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pada 3 Jun 2009, SM Sains Sultan Mahmud telah dimashyurkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa 3) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dis 2012, SESMA telah di iktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan kini selangkah lagi untuk menjadi Sekolah Kebanggaan Negara.


940x665    940x670