PN NOOR AZA BINTI ABD AZIZ

PENGETUA CEMERLANG SM SAINS SULTAN MAHMUD

KUALA NERUS, TERENGGANU DARUL IMAN

 

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wabihi Nasta’in.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera

Segala puji-pujian tertentu bagi Allah S.W.T., selawat dan salam untuk Junjungan kita Nabi

Muhamad S.A.W., para keluarga dan sahabat Baginda.

Tahniah dan syabas saya rakamkan buat Jawatankuasa ICT atas kejayaan dalam

menghasilkan website rasmi SESMA . Bagi pihak sekolah, segala usaha dan sumbangan

kalian dalam penghasilan website  ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

 

SB Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud ( SESMA ) merupakan Sekolah Bertaraf Dunia Malaysia

(SBDM) dan juga dikenali sebagai School Global of Excellence (SGE) ialah sebuah institusi

pembelajaran futuristic bertaraf dunia yang memberi tumpuan serta pengkhususan

(specialization) dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta terlibat

dalam penerokaan idea baharu berbentuk penyelidikan dan penciptaan. SESMA akan menjadi

pusat penempatan murid-murid cemerlang dari seluruh negara berfungsi sebagai pusat inovasi

pendidikan dan akan melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif,

inovatif dan mampu berdikari serta memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.

Inisiatif ini meletakkan SESMA sebagai show case pendidikan negara dan merupakan suatu

pengiktirafan tertinggi bagi sekolah-sekolah cemerlang di Malaysia.

 

Kelestarian SBT seperti SESMA juga terletak kepada kebijaksanaan dan kemampuan pemimpin

merancang, melaksana dan membuat refleksi bagi perancangan yang strategik. Berfikir di luar

kotak bagi menilai aspek-aspek pengurusan organisasi yang boleh dianggap lemah dan boleh

Kepemimpinan SESMA sentiasa mengamalkan High Performing Governance (HPG) yang

menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. Kami selalu

menekankan tentang fleksibiliti sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan

berubah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Fleksibiliti di sini bermaksud Kemampuan

menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality). Kemampuan mengurus persekitaran

bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa (authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan

untuk membentuk warga organisasi memahami peranan mereka. Organisasi yang ideal haruslah

bersifat fleksibel dan responsif, dan mampu berubah mengikut keadaan semasa. Organisasi yang

ideal ialah yang berkebolehan untuk memperbaharui diri (self-renewing) dan mampu belajar dan

mengubah pengetahuan dan amalan sedia ada sejajar dengan pengalaman”

 

Pembentukan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru-guru SESMA sentiasa

dapat membantu membudayakan kajian tindakan dan seterusnya menjadikan organisasi sekolah

sebagai sebuah organisasi yang bernyawa, berjiwa dan berwibawa. Selain daripada itu,

Pengurusan SESMA mengamalkan dan mempratikkan element pendidikan seperti Continuing

professional development ( CPD) yang dapat membantu warga sesma kerja mencapai lima

elemen penting bagi meningkatkan profesionalisme mereka iaitu SMART- Spesifik (Specific),

Mampu dinilai (Measureable), Mampu dicapai (Achievable), Realistik (Realistic) dan Terdorong

dengan masa (Time-bound).

 

Mengikut, Dr. Maria Orlando, a core faculty member in the doctoral Educational Leadership andManagement Specialization at Capella University, listed NINE CHARACTERISTIC OF A GREAT TEACHER

• A great teacher respects students;

• A great teacher creates a sense of community and belonging in the classroom;

• A great teacher is warm, accessible, enthusiastic and caring;

• A great teacher sets high expectations for all students;

• A great teacher has his own love of learning …..;

• A great teacher is a skilled leader;

• A great teacher can “shift-gears”;

• A great teacher collaborates with colleagues on an ongoing basis; and

• A great teacher maintains professionalism in all areas.

Semoga warga SESMA diharapkan menjadi juara perubahan seperti yang dicita-citakan dalam

Akhir kata, “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mengingati Engkau,

orang-orang yang tahu berterima kasih terhadap kurniaan nikmat-nikmat Engkau, orang-orang

yang sabar apabila menerima dan menghadapi qada dan qadar serta bala bencana dari Engkau,

orang-orang yang mendapat rezeki yang halal dari Engkau, orang-orang yang terpelihara

daripada segala dosa, orang-orang yang terjauh dari siksaan api neraka dan kepada wajah

Engkau dan wajah Nabi Engkau kami melihat dan menikmati. Ya Allah! Jadikan akhir ucapan kami

dari dunia ketika akhir hayat (ajal) kami dengan ucapan: “Tiada Tuhan melainkan Allah”,

matikanlah kami wahai Tuhan didalam ucapan tersebut, tidak terfitnah, tidak sesat dan tidak

Semoga usaha kita akan sentiasa diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita akan berjalan

dengan lancar, insyaAllah.

Akhir kata SESMA sentiasa menuju kepuncak kejayaan.

Sebenarnya bukan milik kita

Bila dipuji kejayaan kita

Oleh itu sedarlah sentiasa

Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia

Itulah tanda nikmat dariNya

Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya

Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

” Kejayaan Kita, Kejayaan SESMA ”

~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~